COVID-19 : 95 kes pulih, 40 kes baharu, satu kematian


shadow

PUTRAJAYA, – Sebanyak 95 kes yang pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah sebanyak 3,957 kes atau 67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, setakat pukul 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah kes positif baharu pula mencatatkan iaitu 40 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini. 

Tambahnya, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 99 kes, atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tinggalkan komen anda