COVID-19 : 100 kes pulih, 38 kes baharu, tiada kes kematian


shadow

PUTRAJAYA – Bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda berbanding kes yang dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tiada kes kematian dilaporkan.

Menurutnya, Sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Tinggalkan komen anda