Bukti Skandal 1MDB Benar: Najib Memang Penipu Besar


shadow

Desas-desus rompakan yang dilakukan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ternyata adalah benar.

Amerika Syarikat memulangkan sebanyak US$300 juta kepada Malaysia, perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Pemulangan tersebut berjumlah RM1.3 bilion pada kadar tukaran semasa adalah prerogatif kerajaan Amerika Syarikat kepada Malaysia.

Wang 1MDB berkenaan dicuri oleh pelbagai pihak termasuk Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu anak Datin Seri Rosmah Mansor bersama suami pertamanya.

Namun, ini hanya sebahagian wang sahaja. Apakah pandangan UMNO dan Pas tentang hal ini? Adakah mereka akan menerima wang ini serta sekaligus mengesahkan bahawa Najib sebagai perompak? Atau masih ingin berdolak-dalih dan pertahankan kesucian Najib?

Wang rompakan ini dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) di bawah inisiatif KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Dalam bahasa yang mudah, ia adalah agensi yang berdaya usaha mendapatkan semula wang negara yang dicuri oleh pemerintahnya.

Justeru, siapakah pemerintah kleptokrasi yang mencuri wang negara? Malah, DoJ melabelkannya Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1 (MO1)) dan bekas menteri Kabinet Najib iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan bahawa Najib terlibat dalam MO1 .

Oleh itu, Muhyiddin menerimanya wang tersebut. Justeru, dengan rasminya kerajaan mengakui ia adalah wang curi. Tetapi, siapakah pencuri yang sebenarnya?

Maka, bertambah kukuh kes yang sedang disiasat terhadap semua orang yang terlibat mencuri dan menerima wang terbabit.

Walaupun kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan tanpa mandat, bak kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerajaan tebuk atap namun ia wajib menghormati kebebasan Kehakiman.

Dalam pada itu, kehakiman dikatakan lambat menegakkan keadilan, iaitu digelar keadilan yang dinafikan (justice delayed justice denied).

Ia kerana perbicaraan Najib sudah berlangsung selama tujuh bulan, masih belum mendapat apa-apa keputusan, Najib pula bebas ke mana-mana. Rakyat jelata berhak mengetahui hal sebenar tentang penipuan beliau selama menjadi Perdana Menteri.

Rakyat perlu berhati-hati jika tidak, mungkin akan berlaku penipuan sama sekali lagi. Apabila sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sebelum ini, ia bagaikan menyembunyikan atau dinafikan sesuatu.

Tinggalkan komen anda