Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor meninggal dunia


shadow

Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff,62, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), awal pagi ini.

Difahamkan, Allahyarham dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini telah meninggal dunia pada pukul 3.56 pagi Sabtu tadi namun tiada butiran lanjut mengenai penyakit dan punca kematiannya.

Menerusi akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham.

Allahyarham telah berkhidmat dalam pasukan PDRM selama 39 tahun di dalam pasukan dari tahun 1978 sehingga menjalani persaraan wajib pada 7 Jun, 2017.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuk Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Tinggalkan komen anda