Bahaya jika Najib kembali jadi PM


shadow

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang kemungkinan Datuk Seri Najib Razak kembali menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib telah melakukan jenayah rasuah yang teruk jika dia dilantik semula sebagai Perdana Menteri maka kesannya akan sangat teruk kepada negara.

“Ia boleh berlaku kerana saya tahu dia mempunyai parti yang kuat. Malah, dia masih mahu menegaskan pembentukan parti dengan BERSATU sekiranya menang pilihan raya seterusnya.

“Jika terjadi, dia akan mengetuai dan bukannya BERSATU,” katanya ketika ditemubual Bloomberg News baru-baru ini.

Tun Mahathir menambah, kes rasuah 1MDB merupakan perbicaraan yang panjang dimana wang bernilai RM 4 million atau 40 milion dolar dijumpai di dalam akaun Najib.

“Tempoh perbicaraan tamat tapi mahkamah menangguh selama empat bulan sebelum mendengar dari pihak defendan.

“Pihak kita melakukan perkara betul mengikut undang-undang yang sepatutnya namun proses sangat lambat.

Tambahnya, sepatutnya sebelum dibukti bersalah, tertuduh perlu dimasukkan ke sel lokap dan memakai pakaian berwarna oren tetapi mereka ini dilayan seperti jenayah yang terbukti dan sebenarnya tidak.

“Kes Najib, kita ada bukti kuat menentangnya, tapi bila dia didakwa, banyak bil dikenakan namun dia bebas. Pada masa itu, dia berkempen untuk dirinya dan berjaya mengubah pemikiran orang yang menentangnya,” ujarnya.

Sementara itu, Mahathir memberitahu, dia juga tidak tahu lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low.

“Dia berada di satu tempat persembunyian yang kita tak tahu dan ada orang yang membantunya.

“Tiada siapa yang mahu membantu kita menahannya, tiada pilihan cuma menerima yang dia mempunyai kebolehan menyorok dari polis malah interpol tidak dapat berbuat apa-apa.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara ini sensitif jika melibatkan negara luar, apabila kerajaan menuduh mereka maka terdapat kemungkinan negara-negara berkenaan akan menganggu Malaysia.

Tinggalkan komen anda