Awas! Penyebar Berita Palsu


shadow

PUTRAJAYA – Pihak kerajaan tidak akan berkrompomi dan memandang serius untuk memastikan tindakan tegas dikenakan kepada penyebar berita palsu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sehingga 3 April 2020, sebanyak 184 kertas siasatan dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan dengan penyebaran berita palsu daripada jumlah tersebut, 20 kes sudah didakwa di mahkamah.

“Jadi, saya menyeru kepada rakyat bersama-sama membantu kerajaan menyelesaikan isu COVID-19 ini, bukan mengeruhkan keadaan dan menimbulkan suasana yang tidak tenang di kalangan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

JANGAN BERKONGSI ATAU MENYEBARKAN BERITA PALSU BERKENAAN WABAK NOVEL CORONAVIRUS (2019-NCOV) – KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Tambahnya, tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak kerajaan.

Tinggalkan komen anda