Akhirnya, Donald Trump umum henti bantuan dana kepada WHO


shadow

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump umum menghentikan bantuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sementara kajian semula dijalankan.

Menurut Trump, kajian semula itu merangkumi dakwaan salah urus WHO dalam isu COVID-19 selain menyembunyikan penularan jangkitan virus berkenaan, lapor CNN.

Beliau berkata ketika AS mengehadkan kemasukan pelancong dari China pada fasa awal wabak tersebut, WHO “menentang apa yang dilakukannya”.   

“Negara dan wilayah lain yang mematuhi panduan WHO dan membuka sempadan kepada China menyaksikan peningkatan pandemik itu di seluruh dunia.

“Keputusan negara besar lain untuk membenarkan perjalanan adalah antara tragedi terhebat dan peluang yang diketepikan sedari awal lagi,” kata Trump dalam sidang medianya pada Selasa.

SUMBER : AWANI/AGENSI

Tinggalkan komen anda