8,647 ditahan, 3,105 didenda kerana ingkar PKP, kata menteri


shadow

SETAKAT semalam, seramai 8,647 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan 3,105 individu turut didenda, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, semalam sahaja pihak berkuasa menahan 1,471 individu kerana melanggar PKP, dan 949 orang didenda RM1,000 kerana kesalahan sama, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, 503 individu direman dengan 19 daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin. 51 individu didakwa di mahkamah kerana melanggar PKP.

Beliau berkata, angka itu menunjukkan pihak polis mengambil tindakan serius terhadap mereka yang melanggar kawalan pergerakan.

Tambahnya, polis menjalankan 784 sekatan jalan raya semalam dan memeriksa 358,593 kenderaan.

Mengenai sanitasi awam, beliau berkata 1,527 dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di 89 zon, termasuk 29 zon merah sejak 30 Mac.

Sebanyak 1,062 bangunan kerajaan, 518 ruang awam, 675 premis perniagaan dan 124 pasar basah disanitasi setakat ini.

Katanya, semua perumahan awam di zon merah dan kusing disanitasi, melibatkan 37,666 unit rumah.

Sebanyak 174 pusat kuarantin masih beroperasi, melibatkan 13,575 individu. Seramai 390 orang rakyat Malaysia dikuarantin selepas kembali dari luar negara.

Tinggalkan komen anda