Semakin ramai pihak yang meletakkan kesalahan di atas bahu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dan salah seorangnya termasuklah Bekas Setiausaha Agung PSM, S. Arulchelvan yang begitu keras meletakkan penularan wabak Covid19 atas kesalahan Tun.
Arulchelvan yang pernah ditahan sebanyak 40 kali mungkin sudah lupa agaknya bagaimana Fasa 1 berjaya di atasi semasa PH memerintah.
Mungkin beliau kurang cerdik atau baru sahaja hidup di Malaysia sehingga menyebabkan dia tidak sedar akan betapa degilnya rakyat di negara ini.
Semasa Tun Mahathir menerajui negara, Fasa 1 Covid19 telah ditangani dengan begitu baik malahan tiada kematian direkodkan ketika tu. Bilangan pesakit yang sihat dan dibenarkan keluar dari hospital juga begitu tinggi.
Namun selepas PH dikhianati, maka bermulalah episode huru-hara Covid19. Jumlah kematian semakin meningkat saban hari.
Dan selaku aktivis yang bebal mungkin tidak menyedari perkara ini sebaliknya menuding jari pada orang lain.
Ini contoh sikap yang memalukan.
Sedangkan Arulchelvan sendiri selaku pemimpin politik tidak tahu mematuhi undang-undang negara, apatah lagi rakyat lain.
40 kali ditahan polis, dan kini dia nak bercakap tentang pentadbiran Tun M dan sekaligus menyalahkan beliau?
Ini sangat tidak adil? Mungkin Arulchelvan perlu cermin diri sendiri, siapa yang lebih hina sebenarnya?
Apa sumbangan Arulchelvan pada negara, apa yang dia telah buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini?
Cakap banyak, tuduh sana sini, tuding jari pada pihak lain tidak menjadikan diri anda seorang HERO.
Tun Mahahir telah membuktikan bahawa sepanjang beliau mentadbir wabak Covid19 dalam keadaan terkawal.
Jika rakyat Malaysia sendiri yang tidak tahu mematuhi peraturan, ingkar arahan kerajaan dan polis. Maka, siapa pun memerintah wabak ini tidak akan berakhir.
Hanya Arulchelvan tidak sedar perkara ini. Mungkin dia ingat dia lagi hebat dari Tun Mahathir.
Tinggalkan komen anda