13 ditahan dalam serbuan kedai gunting rambut


shadow

Polis menahan 13 individu dalam satu serbuan di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang, di sini, petang tadi.

Mereka didapati berkumpul dipercayai untuk menggunting rambut secara sembunyi-sembunyi yang menyalahi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada orang awam berhubung kegiatan kumpulan individu itu berhimpun di kedai gunting rambut berkenaan.

“Oleh itu, sepasukan polis menyerbu premis terbabit pada jam 3.30 petang dan menahan 13 lelaki termasuk pemilik kedai berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun yang sedang berhimpun.

“Siasatan awal mendapati mereka datang untuk gunting rambut manakala pemilik kedai pula menjalankan perniagaannya secara tertutup bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Noorzainy, berkata kesemua mereka ditahan kerana mengingkari PKP dan akan disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Tinggalkan komen anda