Tawaran Menarik KFC, Pizza Hut Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan


shadow

KUALA LUMPUR – Lebih 1,100 restoran KFC dan Pizza Hut milik QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan serta kakitangannya di Malaysia akibat penularan wabak COVID-19.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semalam, QSR Brands tetap komited meneruskan khidmat kepada pelanggan menerusi perkhidmatan bawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drivethru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery).

Justeru, untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam tempoh ketidaktentuan ini, KFC memberikan baucar RM10 manakala Pizza Hut menawarkan ‘Beli Satu Percuma Satu’ (pizza saiz biasa) untuk setiap pesanan penghantaran.

Orang ramai boleh membuat pesanan melalui laman web, aplikasi, dan Foodpanda.

Sehubungan itu, QSR Brands bersama dengan rakan kongsi akan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan penghantarannya untuk memastikan semua dapur restoran KFC dan Pizza Hut selamat digunakan untuk tempoh yang lama.

Tinggalkan komen anda