Kerajaan telah menyediakan tambahan 19,200 katil untuk semua pesakit Covid-19, termasuk pesakit dalam siasatan (PUI), menurut Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dengan menjadikan institut latihan milik kementerian sebagai pusat kuarantin.
“Pada mulanya kami rancang (sediakan) 3,400 katil. Kita sudah guna institut latihan Kementerian Kesihatan dan ada tambahan 19,200 katil jika kita guna semua institut tersebut.
“Kes positif yang tiada gejala, atau pesakit dengan gejala ringan, akan dipindah ke pusat latihan kita. Hospital akan digunakan untuk kes kritikal dan sederhana.
“Jika kes terus meningkat, kita mungkin guna institut latihan Kementerian kesihatan dan (hospital) sementara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) yang ada 600 katil,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Tinggalkan komen anda