‘Tak benar PH di bawah telunjuk DAP’


shadow

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikawal dan berada di bawah ‘telunjuk’ DAP adalah tidak benar.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan itu berleluasa sebelum kemelut politik berlaku minggu lalu.

“Orang Melayu percaya bahawa DAP kawal kerajaan (PH), kononnya di bawah ‘telunjuk’ DAP, ini tidak benar.

“Kini, mereka lihat Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) sebagai ‘bos’. Masalah ini timbul sebelum ini (kemelut politik) berlaku,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Tinggalkan komen anda