Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan mereka selama ini dalam mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara.
Pada ketika ini, negara sedang menghadapi krisis wabak COVID-19 yang serius, PDRM turut bersama-sama petugas barisan hadapan iaitu kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), RELA dan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terus terjamin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengucapkan selamat menyambut hari Polis ke-213 serta ucapan ribuan terima kasih dan berbangga kepada PDRM yang memberi komitmen dan mengutamakan keselamatan rakyat dan negara dalam menangani penularan COVID-19.
Dipetik dari Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan tiada sambutan Hari Polis ke-213 esok (hari ini), memandangkan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.,” katanya.
Tinggalkan komen anda