Rakyat Malaysia Masih Engkar:Kerajaan Kurang Agresif Laksana Perintah Kawalan Pergerakan


shadow

Selepas kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan, rata-rata rakyat sepertinya tidak memberi respon sewajarnya berikutan masih terdapat ramai lagi yang engkar.

Bagaimanapun, perkara ini tidak seharusnya disalahkan pada rakyat semata-rata kerana di pihak kerajaan juga gagal mengeluarkan satu garis panduan yang tepat.

Keadaan ini menyebabkan rakyat keliru dan meronta-ronta mencari alasan yang ‘menghalalkan’ mereka keluar atas alasan-alasan yang tidak munasabah.

Disaat-saat penularan wabak inilah, rakyat nak berurusan di kaunter bank, itu belum lagi yang terkinja-kinja nak pulang ke kampung atau bercuti.

Mungkin rakyat mahu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan kepada satu bulan.

Dipihak kerajaan pula, dimanakah menteri-menteri yang baru dilantik? Setakat ini hanya Menteri Kesihatan yang banyak membuat kenyataan, bagaimana dengan kementerian lain???

Garis panduan yang lebih terperinci dan tepat. Apa yang dikeluarkan sekarang dilihat bersifat umum dan menimbulkan tanda tanya rakyat dalam beberapa perkara.

Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia sebelum mengeluarkan perintah Kawalan Pergerakkan ini??

Apa yang dilihat kerajaan perlu lebih agresif dalam perkara ini. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya dan terus mengingkari arahan.

Jika perkara ini terus berlaku, maka tiada gunanya kerajaan mengambil keputusan untuk mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tinggalkan komen anda