Putera Charles positif Covid-19


shadow

Pewaris takhta Britiain, Putera Charles, 71 tahun diuji positif Covid-19 tetapi berada dalam keadaan baik dan kini mengasingkan diri di Scotland.

Charles, anak sulung Ratu Elizabeth, dikatakan hanya menunjukkan gejala ringan tetapi kekal dalam keadaan baik dan kini melakukan tugas-tugas rasmi dari rumahnya di Balmoral Estate di Scotland.

Isterinya, Camilla, diuji negatif.

Sumber dari istana yang dipetik Reuters berkata Prince of Wales itu mengambil ujian Covid-19 pada hari Isnin dan mendapat keputusan pada hari Selasa

Tinggalkan komen anda