Polis: Mesej palsu S’gor akan laksana ‘perintah berkurung’


shadow

Ketua Polis Daerah Klang Utara menafikan mengenai mesej tular yang mendakwa bahawa Selangor akan melaksanakan perintah berkurung.

Dalam satu kenyataan hari ini, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata mesej itu disampaikan kepada pegawai polis yang tidak dinamakan dan tersebar di kalangan orang ramai.

“Ibu pejabat ini menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan sebarang mesej atau kenyataan di atas,” kata Nurulhuda.

Mesej itu tersebar sehari selepas pihak berkuasa memperketat kawalan pergerakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Kluang, Johor.

Pelaksanaan perintah ‘berkurung’ itu bermula tengah malam tadi dan berkuatkuasa selama 14 hari di mana tiada sesiapa dibenarkan meninggalkan rumah mereka atau orang luar masuk ke kawasan tersebut.

Sebanyak 650 isi rumah terpaksa bergantung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bekalan makanan.

Menurut Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, PKPD itu dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Tinggalkan komen anda