PUTRAJAYA – Peratusan yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan semakin meningkat kepada 97 peratus (PKP), Menteri Kanan Pertahanan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Namun, bakinya masih tidak mahu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Sehubungan itu, sebanyak 400 tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam kerana mengingkari arahan.
“Satu daerah masih mengadakan solat jumaat; lima masjid melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan akibatnya 116 jemaah ditahan pihak polis, semalam,” katanya pada sidang media COVID-19 di sini, hari ini.
Menurut Ismail Sabri, sebanyak 240,544 kenderaan diperiksa dalam 1,046 sekatan jalan raya dilakukan di seluruh negara, semalam.
“Ia menunjukkan masih banyak kenderaan di atas jalan raya. Hari ini, saya telah melihat satu video kesesakan lalu lintas di ibu negara dan Selangor jadi bermakna masih ada yang tidak patuh arahan,” ujarnya.
Selain itu, walaupun sempadan ditutup tapi masih terdapat kemasukan warga asing melalui ‘jalan tikus’.
“Pihak polis telah mengenalpasti jalan-jalan tersebut dan tindakan lebih tegas akan diambil bagi memastikan tiada lagi kemasukan warga asing,” katanya.
Tinggalkan komen anda