PKP : 649 individu ditahan, tangkapan meningkat


shadow

PUTRAJAYA – Sebanyak 649 individu ditahan kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Sabtu (semalam), jumlah tangkapan berganda dari sebelumnya iaitu 320 kes, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Daripada jumlah tangkapan tersebut, 73 individu didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah.

“Pihak polis telah diberikan kebenaran untuk mengambil tindakan yang tegas dengan mengenakan kompaun selain membawa mereka ke mahkamah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, 997 sekatan jalan raya dilakukan sejak semalam dan sebanyak 301,938 kenderaan diperiksa.

“Jumlah bertambah sekali ganda dari hari sebelumnya (kelmarin) bermakna masih banyak kenderaan di atas jalan raya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sebanyak 3,223 premis turut diperiksa oleh pihak polis dan sebahagian diarah tutup.

“Masih terdapat premis yang tidak sepatutnya dibuka, kerajaan hanya membenarkan premis menjual bahan-bahan mentah, produk makanan dan kesihatan sahaja

Tinggalkan komen anda