Pesakit PUI COVID-19 meninggal dunia


shadow

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang merupakan pesakit di bawah pemantauan (PUI) COVID-19, ditemui meninggal dunia di tandas wad Hospital Serdang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui di dalam tandas hospital tersebut pada pukul 7.40 malam tadi.

“Pesakit dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas (26 Mac) dan kematian mangsa dimaklumkan kepada pihak polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan oleh jururawat.

“Pihak polis juga merakamkan percakapan dari pengadu, jururawat hospital, saksi lain serta waris mangsa dan mayat akan diuruskan oleh pihak Hospital Serdang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wan Kamarul berkata sepanjang menjalankan tugas, pihak polis turut dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam gambar di tempat kejadian dari jarak jauh.

Tinggalkan komen anda