Perkhidmatan asas beroperasi seperti biasa


shadow

PUTRAJAYA – Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada pukul 12.00 tengah malam tadi hingga 31 Mac 2020 di seluruh Malaysia, semalam.

Majlis Keselamatan Negara telah memastikan perkhidmatan-perkhidmatan (penting) seperti perbankan, kewangan dan bursa, elektrik dan tenaga, peruncitan, bomba, pelabuhan dan lapangan terbang, pos dan courier, kesihatan, air, bahan api dan pelincir, telekomunikasi, penyiaran, pengangkutan darat, laut dan udara, penjara, depo imegresen, lokap dan pusat serenti, pertahanan (Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia), perhotelan serta pengurusan sisa pepejal dan pembentung dibenarkan beroperasi.

Justeru itu, keperluan orang ramai kepada perkhidmatan asas tidak akan terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

Tambahan, bagi meningkatkan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas dan amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa dibawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Tinggalkan komen anda