Perkeso buat pembayaran awal faedah esok


shadow

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membuat pembayaran awal faedah kepada kira-kira 300,000 penerima pencen dan faedah Orang Berinsurans yang terjejas akibat pendamik Covid-19 bermula esok.

Menurut Menteri Sumber Manusia, M Saravanan pembayaran awal faedah itu akan dikreditkan kepada insititusi perbankan.

“Kementerian Sumber Manusia melalui Perkeso telah meneliti semula jadual pembayaran pencen dan faedah kepada Orang Berinsurans dan tanggungan mereka.

“Perkeso akan mengkreditkan semua bayaran berkala kepada institusi perbankan pada hari esok.

“Pembayaran awal akan berterusan sehingga bulan Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kira-kira 300,000 penerima pencen dan faedah itu terdiri daripada mereka yang mendapat pencen ilat/penakat, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya kekal berkala dan faedah elaun layanan sentiasa.

Bayaran awal pula akan bermula esok (25 Mac), 24 April, 20 Mei, 25 Jun, 24 Julai dan 25 Ogos.

Sebarang pertanyaan boleh emel kepada perkeso@perkeso.gov.my atau salurkan aduan dan pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official.

Tinggalkan komen anda