Perintah Kawalan Pergerakan: PM Sempat Main Golf?


shadow

Sebelum mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa pergi bermain golf di dalam keadaan negara yang sedang panik ekoran wabak COVID-19.

Benarkah perkara ini berlaku? Dakwaan itu turut disertakan sekeping gambar yang menunjukkan Muhyiddin lengkap berpakaian sukan bersama rakan-rakanya.

Jika ini yang berlaku maka, tidak hairanlah rakyat Malaysia juga mengambil sikap tidak endah dengan arahan perintah yang dikeluarkan.

Contoh terbaik telah dipamerkan oleh pemimpin nombor satu negara.

Bagaimana pula dengan menteri-menteri kabinet yang lain?? Adakah mereka juga sedang berseronok selepas diberi kuasa?

Keadaan ini betul-betul menghampakan, apa tidak, para doktor dan jururawat sedang berhempas pulas merawat dan menyelamatkan pesakit-pesakit namun menteri kita pula senang lenang beriadah.

Situasi ini amat mengecewakan.

Tinggalkan komen anda