Penyewa premis DBKL dikecuali bayar sewa sebulan


shadow

Perniagaan yang menyewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan dikenakan sewa sebulan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan perkara tersebut susulan dari perintah kawalan pergerakan selama dua minggu yang berkuat kuasa semalam hingga 31 Mac ini bagi membendung penularan koronavirus Covid-19.

“Selain itu, 500 pekerja harian DBKL akan mendapat bayaran penuh walaupun mereka tidak bekerja sepanjang tempoh 14 hari perintah itu.

“Berkenaan 806 orang yang dikuarantin di Masjid SRi Petaling di Kuala Lumpur akan ditaja makan dan minum dengan dana sehingga RM300,000,” katanya pada pengumuman yang dibuat stesen penyiaran rasmi kerajaan, RTM malam tadi.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 790 kes koronavirus manakala 60 pesakit telah sembuh dan dua kematian direkodkan.

Tinggalkan komen anda