Pengerusi surau korban COVID-19 ke-11


shadow

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19, mencatatkan kematian ke-11, setakat ini.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, kes kematian kesebelas ini merupakan kes ke-1070 melibatkan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

” Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan pengerusi surau kawasan setempatnya,”katanya di Facebook.

Menurutnya, mangsa telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kesihatannya merosot hari demi hari, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020, 9.05 malam,” ujarnya.

Pihak KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Tinggalkan komen anda