Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif susulan krisis COVID-19.
1. Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.
- Semua ahli KWSP berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
- Pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% berkuatkuasa pada bulan April 2020.
2. Kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19.
- Membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU), peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.
- Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada KKM untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.
3. Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis COVID19.
- Memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, bantuan kepada pesakit COVID-19 dan ahli keluarga serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.
4. Kerajaan memberikan lanjutan masa dari tiga bulan kepada enam bulan bagi enam penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.
- Berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020.
Tinggalkan komen anda