NGO serah bekalan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Hospital Rembau


shadow

NEGERI SEMBILAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  tempatan, Persatuan Peruncit Rokok Elektronik Malaysia (MRECA), PPVM, MEVTA dan Kami Budak Vape bekerjasama memberi sumbangan bekalan makanan dan minuman, cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer‘ serta topeng penutup mulut kepada anggota polis serta ‘frontliners‘ (petugas barisan hadapan) di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan Hospital Rembau, semalam.

Ini adalah salah satu inisiatif mereka untuk membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk anggota polis yang melakukan sekatan jalan dan rondaan bagi mencegah penularan COVID-19.

Justeru itu, pihak NGO amat menghargai pengorbanan KKM dan Polis Diraja Malaysia dalam menangani krisis wabak yang melanda negara.

Malah, mereka turut mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup kedai bagi tempoh 14 hari bermula 18 Mac (kelmarin) hingga 31 Mac ini.

Tinggalkan komen anda