Langkah Sheraton Punca Saham Negara Menjunam


shadow

Konflik politik negara menyaksikan pasaran saham Malaysia terus merosot di tahap kritikal dan pasaran dalaman terjejas teruk.

Malah, Malaysia rugi hampir RM72 bilion bermula dari Langkah Sheraton dan kerugian tambahan bernilai RM19.42 bilion sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik jadi Perdana Menteri.

Jumlah kerugian terkumpul hingga kini hampir mencapai RM91bilion, dan angka kerugian ini di jangka terus meningkat.

Persoalannya, siapakah punca kejatuhan ini??

Signal penolakan meluas pelabur asing menjadi lebih ketara setelah Regime Kleptokrasi membuat “Comeback” melalui pengkhianatan rampasan kuasa.

Hari ini, pemimpin Umno Baru sedang menekan Muhyiddin untuk mendapatkan jawatan kabinet sekurangnya 60% kerana mendakwa komposisi dalam partinya lebih besar dari parti Pas dan Bersatu.

Namun dalam masa yang sama, pemimpin Pas pula mahu Muhyiddin agar bertegas dan tidak mengambil mana-mana pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan kes di mahkamah sebagai menteri kabinet.

Muhyiddin pula kini dalam dilema dan sedang bergelut untuk meletakkan orang-orang dari partinya sendiri.

Pergolakan dalaman menjadi lebih serius setelah kem Muhyiddin mengeluarkan kenyataan akhbar tiada sebarang perbincangan dengan Zahid Hamidi bagi membincangkan hal kabinet.

Pertembungan di Melaka berlaku lompat politik menyaksikan Adly tewas. Bersatu menekan agar jawatan Ketua Menteri jatuh kepada Rafiq. Umno melalui Idris Haron juga berkeras utk rebut tempat yang sama.

Namun, difahamkan TYT Melaka tidak menyukai Idris dan Rafiq yang punyai pelbagai masalah.

Pada malam pencalonan bertanding bagi menghadapi PRU14 dua tahun lepas, ada isu yngg menarik di sana. Salah satunya ialah Idris Haron dikatakan menukar senarai nama calon bertanding yang di hantar oleh Najib dengan mencalonkan namanya sendiri, ahli keluarga dan rakannya pada jam 2-3pagi.

Baru saja memerintah ikut jalan belakang, dah mula bercakaran antara Umno dan Bersatu. Nak buat PC pun dengan angkuh merokok berhadapan kumpulan wartawan.

Umno Baru dan BN dari penyangak kleptokrasi ini semakin berjaya mengawal parti Bersatu. Ekonomi menjadi semakin tidak menentu, BNM cuba pelbagai cara mengawal lembaran ekonomi. Pasaran komoditi kembali terjejas. Dan situasi dalaman juga semakin meruncing setelah kembalinya kleptokrasi ke persada dunia Melayu!

Tinggalkan komen anda