Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah Menteri Besar PH dan bersama beliau ada yb zainol dan yb norlie,yang lainnya adalah dari PKR,Amanah dan DAP.
Sekarang UMNO ada 25 adun dan PAS ada 3 adun dan jika sekadar UMNO dan PAS sahaja bergabung maka tidak mungkin boleh membentuk kerajaan baru. Untuk membentuk kerajaan baru UMNO dan PAS perlukan Peja,yb zainol dan yb norlie.
Di sebelah Peja pula beliau masih dapat sokongan dari ahli dewan rakyat dari PH tidak ada seorang pun yang membuat kenyataan tidak menyokong Peja selaku MB,maka beliau masih MB dan kerajaan negeri masih boleh berjalan seperti biasa kerana semua yb PH pun ada kepentingan bersama buat apa mereka menolak Peja lebih baik kekalkan sahaja MB.
Umno dan Pas pula terlalu berkeyakinan,kemaruk dan dilihat terlalu ke depan dalam isu ini seolah-olah mereka sudah mendapat majoriti. Dalam majlis doa selamat UMNO, mereka dah menyebut yb saarani sebagai bakal YAB MB Perak.
Tidakkan cepat sangat tu, jika sudah ada persetujuan dari Peja,yb zainol dan norlie baru lah betul boleh sebut bakal YAB. Pokoknya betul ke PEJA nak serah jawatan MB pada UMNO.
Di sebelah Peja pula selain dari yb zainol dan yb norlie, terdapat kemungkinan yb Yunus dan yb Paul Yong dari DAP bersedia untuk bersama Peja. Dengan syarat Peja masih MB dan mereka kekal menjadi exco.
Maknanya baru lah mereka bole ikut sahaja Peja. YB Yunus penyokong kuat Azmin dan dikira telah tamat masa depannya di dalam PKR kerana bos dah lari manakala Paul Yong pula telah di ketepikan dan musuh kepada Nga Kor Ming. Makna kata, lebih baik mereka bergayut dengan Peja sekiranya beliau masih MB.
Kenapa UMNO tidak saja membenarkan Peja terus kekal menjadi MB. Tujuh exco di berikan kepada UMNO dan dua kepada PAS. Kenapa tak boleh berunding sehingga tahap itu?
UMNO dan PAS tak boleh nak kata ‘sekarang kita ada 28 adun maka mb kita punya’.
Sebenarnya sama ada Perak, Kedah dan pusat selagi berebut jawatan sesama sendiri dan ego masing-masing tak boleh nak turun sampai bila pun tak jadi apa. Sebenarnya UMNO dan PAS jika nak jadi pemerintah mereka tidak ada pilihan selain membenarkan Peja jadi MB.
Sebaliknya Peja masih ada pilihan. Jika dia nak kekal jadi MB dia boleh sahaja berjumpa Tun Mahathir dan bersama Tun semula sekaligus terus bersama PH dan kekal menjadi MB.
Kemelut ini akan menyebabkan Peja lebih kuat dan berkuasa dari sebelum ini kerana DAP, Amanah dan PKR faham tampa blok Peja yang kecil ini walaupun tiga, sesiapa pun tak akan berkuasa.
Jadi Peja ada joker yang kuat untuk jadi kuat. Geng Amanah, PKR dan DAP yang dah tidur atas tilam empok mana maunya nak tidur semula ke tilam tikar getah.
Tinggalkan komen anda