Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM


shadow

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggar berjumlah RM25.90 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.22 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion bagi tujuh hari, 14 hari dan 21 hari.

BNM akan turut menawarkan tender Qard bernilai RM1 bilion bagi tujuh hari hingga 21 hari dan tender repo berbalik bernilai RM950 juta bagi 31 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM23.8 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM11.2 bilion.

-Bernama

Tinggalkan komen anda