Terdapat kemungkinan wabak Covid-19 dalam kalangan kluster perhimpunan tabligh diimport dari luar negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
“Perhimpunan tabligh melibatkan 25 buah negara dan kami faham bahawa … terdapat 695 peserta dari Indonesia, jadi kami bimbang ada kemungkinan penyebaran Covid-19 (dalam kalangan peserta tabligh) mungkin telah diimport dari luar negeri,” kata Noor Hisham pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menyedari terdapat kes positif Covid-19 dari kalangan peserta himpunan itu pada 9 Mac ketika rakan sejawatnya di Brunei, memberitahu kepadanya mengenai perkara itu.
“Kami hanya dimaklumkan oleh Brunei pada 9 Mac dan kemudian kami segera mengambil tindakan dan kami mendapati ramai yang positif,” katanya.
Tinggalkan komen anda