Hampir 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan memantau pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pusat pengurusan bencana daerah turut akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu.
“Walaupun sehingga ini polis mendapati kadar pematuhan terhadap perintah itu adalah 90 peratus, beliau memandang serius baki 10 peratus itu memandangkan bilangan mereka juga besar jika diambil kira bilangan penduduk lebih 31 juta orang di negara ini.
“Kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan pasar, pasar raya pantau pematuhan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Langkah itu diambil kerana pasar pagi dan pasar raya masih sesak walaupun perintah itu berkuatkuasa.
Tinggalkan komen anda