FAMA jadi pusat jualan baharu barangan basah


shadow

PUTRAJAYA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menjadi pusat jualan baharu untuk barangan basah dan segar terkawal di 77 lokasi diseluruh negara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan bersetuju FAMA mengambil peranan tersebut kerana terlalu sukar mengawal kesesakan di pasar-pasar basah pada waktu pagi khususnya penjarakkan sosial satu meter.

“Kita dapati bahawa kesesakan berlaku kerana mungkin kekurangan pilihan tempat membeli produk basah yang lain.

Jelasnya, pusat jualan FAMA hanya menumpukan kepada barang-barang basah sahaja seperti ikan, sayur, daging dan sebagainya.

“Antara cadangan-cadangan ‘outlet’ yang akan dibuka adalah 10 lokasi pasar tani terpilih, 17 pusat operasi FAMA, 16 tempat pasar tani kekal (dalam bangunan), tiga MyFarm ‘outlet’ iaitu di Putrajaya dan 34 lokasi kompleks pertubuhan peladang serta kompleks jabatan dan agensi yang bersesuaian.

“Waktu operasi bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, dua kali seminggu,” katanya pada sidang media di sini,hari ini.

Selain itu, FAMA menyediakan jualan secara atas talian dan pihak kerajaan menggalakkan rakyat membeli melaluinya.

Tinggalkan komen anda