Peguam, Datuk Sallehudin Saidin menyifatkan pendekatan kerajaan membantu rakyat dengan membenarkan pengeluaran akaun 2 EPF sebagai sesuatu yang berat sebelah.
Menurut beliau, akaun EPF adalah simpanan hari tua rakyat dan ia tidak seharusnya jadi jalan penyelesaian untuk mengurangkan bebanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Adalah lebih baik sekiranya kerajaan mengambil langkah memotong gaji barisan Menteri dan Timbalan serta mana-mana jawatan politik sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
“Termasuk juga Raja-Raja Melayu juga boleh menyumbangkan kepada pesakit atau hospital dan ia sudah jelas untuk kegunaan perkara yang terlibat dengan Covid19.
Selain itu katanya, kerajaan juga boleh mengambil sikit wang rizab kerajaan dari Petronas dan terus membantu rakyat yang berpendapatan rendah dalam tempoh susah ini.
Jelasnya lagi, sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekurang-kurangnya perlu memgumumkan bantuan makanan dan minuman percuma kepada rakyat yang susah.
“Bagaimana dengan nasib rakyat yang hidup bergantung kepada kerja harian sepert penjaja pasar malam dan sebagainya?.
“Sebab itu kena ada lancarkan tabung khas untuk mereka yang terlibat secara langsung dengan isu Covid.
“Tabung Harapan pun ramai syarikat korporat boleh sumbang, apatah lagi Tabung Bantuan Covid.
“Sebab itu kerajaan perlu paksa semua jutawan atau tokoh-tokoh koporat turun padang dan bantu dari segi kewangan kepada mereka yang memerlukan pada semua peringkat.
Sallehudin menambah, insentif kepada pelajar juga harus diberikan melalui bantuan yuran-yuran mereka untuk sepenggal.
Kerajaan dalam masa yang perlu menegah dengan tegas mana-mana majikan dari membuang pekerja disebabkan tidak hadir kerja dalam sebulan.
“Dan yang paling penting, haramkan semua cakap-cakap politik, ini masa untuk buat kerja untuk rakyat.
“Perdana Menteri perlu memberi kenyataan yang jelas, terperinci dan tegas bahawa di saat-saat ini tiadak sentimen politik dimainkan.
Dalam masa yang sama katanya, askar dan polis dibenarkan menggunakan kekerasan bagi memaksa rakyat agar duduk di rumah.
Tambah beliau lagi, diskaun kepada pembayar cukai pendapatan untuk tahun 2020 juga perlu diberikan.
“Jika kesemua perkara ini dapat dibuat, maka rakyat keseluruhannya akan lebih menyokong kerajaan PN walau apapun propaganda yang dilemparkan,” katanya.
Tinggalkan komen anda