COVID-19: WHO pilih Malaysia buat kajian kesan ubat rawat pesakit


shadow

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia bagi menjalankan kajian menguji keberkesanan ubat merawat pesakit COVID-19 dikenali sebagai Remdesivir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemilihan Malaysia dibuat berikutan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam jalankan kajian klinikal.

“WHO sudah menghubungi KKM bagi memaklumkan mengenai Malaysia dipilih sebagai pusat Penyelidikan Rawatan COVID-19.

“Penyelidikan akan dibuat di Hospital Sungai Buloh dan hospital yang merawat pesakit COVID-19.

“Buat masa ini kita masih mengumpul data mengenai ubat baharu ini,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 yang diadakan di sini.

Tinggalkan komen anda