COVID-19 : Malaysia catat korban ke-15


shadow

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya, berkata, kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka.

“Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19, iaitu kes ke-703 yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020,” katanya di laman media sosial beliau hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

Justeru, KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa

Tinggalkan komen anda