COVID-19 : Malaysia catat kematian ke-17


shadow

Angka kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 17 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, kes kematian ke-17 adalah kes ke-1251, seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.

“Keadaannya kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama,” katanya di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020, kesihatan merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. 

“Punca jangkitan COVID-19 pesakit masih dalam siasatan. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

Malaysia mencatatkan 106 kes positif COVID-19 setakat Selasa, jam 12 tengahari menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,624 kes.

Tinggalkan komen anda