COVID-19 : HUS tidak lagi menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19


shadow

KUCHING – Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 diminta ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce mulai hari ini.

Semalam, Bilik Operasi COVID-19, Hospital Umum Sarawak (HUS) memaklumkan menerusi notis pemberitahuan penukaran tempat saringan tersebut.

Sehubungan itu, HUS tidak lagi menjadi lokasi untuk saringan COVID-19 dilakukan.

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari untuk saringan COVID-19.

Tinggalkan komen anda