COVID-19 : Ahli MPPWP dibuang kerja


shadow

Pemberhentian Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) serta-merta tanpa sebab dan alasan yang jelas dan munasabah agak keterlaluan ketika negara menghadapi krisis wabak COVID-19.

Jadi, adakah percanggahan politik menjadi punca? Masihkah politik diutamakan ketika negara dalam krisis? Bukankah disaat begini, keselamatan dan kesejahtera negara dan rakyat perlu didahulukan?

Kerajaan diharapkan tidak terlalu mementingkan diri dan politik yang akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih teruk, jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini.

MPPWP hanyalah agensi yang berperanan dalam memastikan kesejahteraan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tugas mereka adalah menyantuni dan membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan.

Justeru, perkhidmatan ahli MPPWP amat diperlukan oleh rakyat lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang.

Oleh itu, tindakan kerajaan menamatkan pelantikan MPPWP tanpa sebarang alasan, dalam masa sama, rakyat sedang berdepan dengan masalah wabak COVID-19 adalah tidak adil dan zalim.

Jangan kerana dendam dan ketidakpuasan hati kepada pemerintahan sebelum ini, rakyat yang menerima kesannya.

Tinggalkan komen anda