Bikin pelindung muka, penghantaran percuma, farmasi bantu lawan Covid-19


shadow

Dua farmasi giat membantu mereka yang terkesan dengan krisis Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan hari ini selama 2 minggu sehingga 14 Apr.

Alpro Pharmacy, yang membuat pelindung muka untuk kakitangannya, juga cuba mengagihkannya sebanyak mungkin untuk hospital.

Setakat ini, ia menghantar 1,000 pelindung muka kepada 10 hospital termasuk Hospital Ampang, Selangor dan Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

“Kami bukan pengilang, tetapi saya tahu kita perlu mencuba. Lebih keras dari sebelumnya,” katanya dalam catatan Facebook.

Farmasi itu meminta hospital yang memerlukan pelindung muka segera untuk menghubunginya di talian 06-7921923 atau email enni@alpropharmacy.com.

Sementara itu, Constant – rangkaian 17 farmasi komuniti di Malaysia Barat – akan menghantar ubat ke rumah pelanggan atau mana-mana lokasi dalam jarak 10km dari semua cawangannya.

Ia juga menawarkan penghantaran percuma untuk setiap pembelian di laman webnya sejak 18 Mac, tanpa had pembelian minimum diperlukan, dan menyediakan aplikasi untuk pelanggan yang mencari cara alternatif mendapatkan ubat.

“Semua ahli farmasi kami juga akan membantu menyesuaikan suplemen untuk individu berdasarkan status kesihatan mereka,” kata CEO Sally Chuah.

Tinggalkan komen anda