Bekas Setpol Zahid Sedang Lobi Jadi AG?


shadow

Selepas berjaya bergabung membentuk kerajaan, nampaknya pemimpin yang paling jelas cuba mengambil kesempatan adalah Zahid Hamidi.

Bukan sahaja beliau secara individu, malahan peguamnya juga sedang cuba mencucuk jarum. Khabarnya peguam Rosni Zahari bakal menggantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Benarkah??

Rosni Zahari sekarang ini dilihat cuba mengulas mengenai kes rasuah Ahmad Zahid. Tidakkah tindakan itu boleh menghina mahkamah apabila ulas kes yang sedang berjalan. Subjudis sebenarnya.

Rupa-rupanya, Rosni Zahari ini pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ahmad Zahid sekejap sebelum BN kalah.

Memang itu merit kes itu secara terperinci macam itu memang tak boleh. Sebagai peguam sepatutnya dia tahu batasan untuk mengulas sesuatu kes yang sedang berjalan. Takkan tak tahu kot??

Apabila Rosni Zahari dengan bangga menyuarakan pendapat sendiri tentang perjalanan kes itu ia sekaligus boleh mencabar kredibiliti hakim dalam kes tersebut.

Memutuskan keputusan Mahkamah dan bercakap seperti seolah-olah dia adalah lebih baik daripada pemahaman Hakim.

Orang beginikah yang nak lobi sebagai Peguam Negara. Kalau benar, maka 2×5 sahajalah dengan Tommy Thomas.

Masing-masing mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.

Tinggalkan komen anda