AS isytihar darurat untuk cegah Covid-19


shadow

Presiden Donald Trump pada Jumaat mengisytiharkan darurat dalam usaha negara itu mencegah penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu.

Langkah itu, menurut Trump, membolehkan beliau “menggunakan kuasa kerajaan persekutuan sepenuhnya,” termasuk menyediakan dana AS$50 bilion untuk membantu negeri dan kerajaan tempatan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

Terdapat lebih 1,600 kes disahkan di AS dengan 47 kematian, mengikut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

– Bernama

Tinggalkan komen anda