KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah mencemar duli turun padang hari ini bagi meninjau keadaan di sekitar ibu kota selepas tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Menerusi video berdurasi 1 minit 19 saat dimuat naik dalam instagram rasmi Istana Negara, memaparkan Seri Paduka Baginda memandu sendiri dengan ditemani putera Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
“Saya perhatikan banyak lagi kenderaan di jalan raya. Ini sudah tentu tidak menunjuk keadaan yang baik.
” Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin untuk kebaikan bersama masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur,” titah Seri Paduka yang dipetik menerusi catatan muat naik berkenaan.

Sementara itu, menerusi rakaman video di Facebook, Seri Paduka Baginda berhenti di satu kawasan sekatan jalan raya di ibu kota.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berkenan meninjau beberapa lokasi. Antaranya adalah Jalan Semantan, Sri Hartamas, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan KLCC.
Tinggalkan komen anda