Tun M selesai jumpa pemimpin parti politik


shadow

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, selesai berjumpa dengan sebahagian pemimpin tertinggi daripada pelbagai parti politik negara, hari ini.

Beliau dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra, di sini, dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 5.45 petang tadi, selepas pertemuan yang silih berganti sejak kira-kira jam 9 pagi.

Antara pemimpin terawal hadir di bangunan itu ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Turut dilihat mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Tinggalkan komen anda