Semua Ahli Parlimen BN sudah memasuki istana


shadow

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah memasuki Istana Negara, di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dua bas membawa wakil rakyat terbabit memasuki pintu dua Istana Negara pada jam 3.35 petang, diiringi 28 kenderaan lain di belakangnya.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen BN dan PAS berkumpul di Menara Dato’ Onn, di sini, untuk menghadiri majlis taklimat ringkas serta makan tengah hari.

Difahamkan, Ahli Parlimen BN akan berkumpul di Anjung Surau di Istana Negara sebelum bergerak secara berkumpulan memasuki istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen memasuki Istana Negara. – NSTP/Asyraf Hamzah

Pagi tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya di Putrajaya.

Ahli Parlimen memasuki Istana Negara. – NSTP/Asyraf Hamzah
Ahmad Zahid (kiri) dan Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen BN menaiki bas untuk ke Istana Negara.

Tinggalkan komen anda