Prinsip Tun Mahathir, Tolak Pemimpin Kleptokrasi: Kadir Jasin


shadow

Tokoh veteran A Kadir Jasin menganggap tindakan Bersatu menamakan Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bukanlah dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Menurut beliau, MPT Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini sebaliknya kali terakhir kepimpinan parti bermesyuarat telah memutuskan Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

Namun katanya, tidak seperti Tun Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyiddin bersifat lebih terbuka dan sanggup menerima mereka sebagai parti.

“Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

“Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

“Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

“Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno “desperate” untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir,” katanya.

Beliau menambah, apa yang membimbangkan apabila kerjasama yang salah dibuat antara Bersatu dengan mana-mana pemimpin maka jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

Justeru katanya, tidak hairanlah kalau pemimpin UMNO menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Tinggalkan komen anda