PMO Nafi Tuduhan Rasuah Air Asia Adalah Offset


shadow

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak sesekali pernah berkata bahawa tuduhan rasuah melibatkan Air Asia sebagai transaksi ‘offset’.

Menerusi kenyataan yang dibuat, Tun Mahathir menekankan bahawa prosedur biasa untuk kerajaan meminta ‘offset’ dalam pembelian berharga tinggi.

Bagaimanapun, beliau tidak pernah menyatakan Air Asia mendapat manfaat daripada prosedur itu.

“Sekiranya wang disalurkan kepada individu maka ia adalah rasuah.

Namun, sekiranya ia bukan untuk kepentingan peribadi maka beliau berpandangan ia bukanlah rasuah.

Dalam pada masa yang sama, Tun Mahathir menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menentukan transaksi ke atas Air Asia adalah ‘off set’ atau tidak.

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri hari ini dikeluarkan susulan laporan media bahawa Tun Mahathir mengatakan tuduhan pemberian rasuah ke atas Air Asia adalah transaksi ‘offset’.

“Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan yang tidak tepat dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar,” katanya.

Tinggalkan komen anda