PH sokong Tun M sebagai calon PM


shadow

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pagi ini berkata, PH adalah gabungan yang mendapat mandat jelas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“PH bertegas menentang menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang membabitkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksanakan hingga kini.

“PH berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan,” kata kenyataan itu.

Tinggalkan komen anda