PAS tarik balik sokongan kepada Dr Mahathir


shadow

MARANG: PAS menarik balik sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia berikutan Perdana Menteri Interim sudah kehilangan sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Serah kepada rakyat untuk pilihan raya umum (PRU) sebab kecelaruan politik,” katanya ketika ditemui selepas kuliah duha di Masjid Rusila Marang, di sini, hari ini.

Tinggalkan komen anda