Nahas helikopter Black Hawk di Taiwan mungkin berpunca faktor manusia, cuaca


shadow

FAKTOR manusia dan keadaan cuaca mungkin menjadi punca kepada nahas helikopter Black Hawk yang mengorbankan lapan pegawai tentera di Bandar Baru Taipei bulan lalu, kata Tentera Udara pada Sabtu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA). 

Helikopter UH-60M, membawa 13 penumpang itu dalam perjalanan ke pangkalan di Dong’ao, daerah Yilan, terhempas di pergunungan daerah Wulai pada 2 Jan.

Lapan daripada yang terkorban itu, termasuk komander tertinggi tentera Taiwan, Ketua Turus Shen Yi-ming.  

Memetik siasatan awal, Tentera Udara berkata nahas bukan berpunca daripada masalah mekanikal. Laporan siasatan awal itu disediakan Sikorsky Aircraft, pengeluar helikopter tersebut, minggu lalu.

Siasatan awal mendapati punca nahas kemungkinan besar disebabkan faktor manusia dan cuaca.

Nahas berlaku ketika helikopter berada pada ketinggian 3,551 meter dari aras laut dan 87 meter dari bumi. 

Laporan akhir nahas dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

Tinggalkan komen anda